Saturday, October 10, 2009

Gempa PADANG

Petang tadi saya dapat satu SMS daripada seorang sahabat, berbunyi, “Sahabat2, kejadian gempa di Padang jam 17:16 lihatlah QS 17:16, susulan di Padang jam 17:58 buka QS 17:58. Trjadi pada tgl/bln 30:9 lihat QS 30:9. Gempa di Jambi jam 8:52 lihat QS 8:52 Renungkanlah… smoga kta trmsuk org2 yg dpt mngambil hikmah + pelajaran. –Fadi”

Bila saya menerima SMS ini, saya sangat teruja. Bagaimana pun , saya meminta sahabat saya double check berkenaan waktu-waktu gempa yang dinyatakan. Ini bagi memastikan kesahihan fakta. Ayat-ayat Al-Quran yang dinyatakan, tentulah kita tidak meraguinya; tetapi waktu-waktu jam dan minit yang dinyatakan perlu disahihkan. Akhirnya saya menerima SMS seterusnya.

“I’ve recheck d time thru media, semua ikut waktu Jakarta, cuma gempa susulan di Padang, ada yang kata 17:38 instead of 17:58, ayat 38 mengenai kebencian Allah terhadap dosa manusia.”

SMS seterusnya, “Upps sumber dari: department energy dan sumber daya mineral republic Indonesia badan geologi. B-)”

Jutaan terima kasih atas kesudian sahabat saya ini yang begitu amanah dengan SMS yang disebarkannya.

Tanpa ingin memberi komentar yang panjang lebar, saya perturunkan nukilan ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk oleh SMS sahabat saya itu:

“dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” (Al-Israa 17:16)


“dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz).” (Al-Israa 17:58)

“tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan Bagaimana kesudahan orang-orang Yang terdahulu dari mereka? orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran Yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulNya Dengan membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan Yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri.” (Ar-Ruum 30:9)

“(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.” (Al-Anfaal 8: 52)

"tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan Yang dibenci di sisi Tuhanmu.” (Al-Israa 17:38)


Oh Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami.. Kasihanilah kami.. Janganlah Kau rotan kami.. Berlemah-lembutlah dengan kami! Oh Allah.. Ku adukan segala duka cita ku ini kepada-Mu!

sumber : emel

Tuesday, May 5, 2009

PENGLIBATAN ATM SEMASA KONFRANTASI

• Beberapa buah kapal kelas PC TLDM telah terlibat dalam operasi menyekat kemasukan bot-bot tentera Indonesia sehinggalah melibatkan pertempuran kecil.
• Dalam satu rondaan semasa Ops Limit pada 24 Julai 1964 di perairan Pulau St John yang terletak 5 Batu Nautika dari Singapura, Kapal Peronda KD seri Selangor di bawah pimpinan Lt. P.K Nettur TLDM telah terlibat dalam pertempuran dengan sebuah bot laju yang dinaiki 5 orang anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO).
• Dalam pertempuran ini, Able Electric Mechanic Abdul Samad Suliman telah terkorban manakal 2 yang lain cedera ( Kadet Kanan Musa Jabbar dan LRRG Kweh Onn Cheong. 5 anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO) telah K.O (Terbunuh). Biorama insiden ini ada dipamerkan di Muzium TLDM yang terletak di Melaka.
• Pada 1 Disember pada tahun yang sama, Kapal KD Sri Pahang yang sedang melakukan rondaan 2 km dari perairan Bedok, Singapura berjaya mengesan sebuah bot yang dinaiki 9 anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO). Beberapa das tembakan dilepaskan mengakibatkan 1 orang KKO telah K.O (terbunuh) 1 orang cedera dan 2 ditawan. 5 anggota KKO lain hilang di laut.
• Pada 9 Januari 1965 kapal KD Seri Perak dalam satu rondaan Ops Seri Perak telah bertempur dengan bot musuh dekat Selat Melaka.
• 12 orang musuh Kor Komando Operasi Indonesia (KKO) berjaya dibunuh, manakala 16 lagi ditawan.
• Siapakah ‘Black Joe’ atau Joe Chelliah ?
• Kisah menarik beliau ialah semasa menyertai sebuah tim khas bagi mengekang penyusupan tentera INDONesia melalui beberapa batang sungai di Sarawak semasa Konfrantasi.
• Menggunakan sebuah perahu pukat, tim ini dianggotai 4 orang tentera laut serta 6 tentera Gurkha.
• Sepanjang 6 bulan beroperasi menyusuri 5 sungai utama Sarawak, Tim mereka berjaya membunuh 20 orang tentera INDONesia. Joe Challiah menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada tahun 1966 sebelum terpilih menyertai Pasukan Komando Tentera Laut Republik Singapura.
• Seramai 21 orang anggota Kor Komando Operasi (KKO) yang berpengkalan di Pulau Rupat, Sumatera telah diterjunkan ke pantai Kukup di Pontian Besar pada 17 Ogos 1964 dan Benut. Turut serta dalam pencerobohan ini ialah kira-kira 55 orang anggota para dari Angkatan Udara Indonesia yang berpengkalan di Riau. Rancangan mereka adalah bagi menubuhkan satu pusat melatih ‘sukarelawan Malaysia’ telah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
• Pada 2 september 1964 dua pasukan telah digugurkan dari pesawat C-130 dengan setiap satu pasukan mengandungi 48 anggota . Seramai 75 orang terdiri dari anggota para yang berpengkalan di Jawa manakala selebihnya adalah ‘sukarelawan Malaysia’ yang dilatih di Pasir Panjang dan pusat latihan payung terjun di Margahayu. Kerjasama yang baik antara pasukan keselamatan Malaysia dan penduduk tempatan berjaya menggagalkan usaha mereka. Sangkaan musuh bahawa mereka akan disambut seperti wira ternyata meleset. Sebilangan musuh turut terkorban.
• Peristiwa pada oktober 1964 menyaksikan seramai 55 orang musuh meninggalkan pengkalan mereka di Tanjung Kong-Kong, Indonesia. Sayang seribu kali sayang, hajat mereka juga tidak kesampaian. Kumpulan yang dihantar oleh perisikan Indon ini telah berjaya diberkas.

artikel ini dipetik dari penulis, SGT Hassan-History Channel

Saturday, April 11, 2009

BILA MALAYSIA DISERANG!!! Sekadar Renungan...

Assalamualaikum dan selamat petang sume....

Sini aku nak berkongsi satu forwarded email yg aku dapat...sekadar utk membawa korang semua merasa dan menghayati setiap apa yg dirasa oleh nyawa2 di bumi palestin.. kepada pejuang syahid, sama2 kita sedekahkan al fatihah..

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain...
Apabila negara² Islam yg lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir, kita sering dengar pemimpin² kita menggunakan modal seperti "kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." tetapi pernahkah kita terfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku. Ketika rakyat islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu bagaimana jika kita yg diserang oleh kuasa kuffar seperti negara islam lain, dan negara yg lain plak jadi macam negara kite skarang??
MALAYSIA DISERANG???
untuk menanam kesedaran ke atas melayu yang mudah lupa (Melayu mudah lupa kata Tun Dr. Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia... lalu menghantar kapal pengangkut pesawatnya di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nukenya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yg merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di utara dan PILLIPINNOS di timur menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestine.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia juga sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada pengganas Taliban, Lubnan ada pengganas Hizbullah dan Malaysia ada pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Lubnan, Iraq dan Palestine...

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini, Perdana Menteri kita... YB wakil rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke² Cina yg kaya... semua cabut lari keluar negara dengan jet pesawat peribadi masing². Mereka ada duit untuk cari perlindungan ke luar negara...

Tinggallah rakyat melayu islam yg miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat kita tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke Cine yg dijadikan pemimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar al-Khattab... Khalifah Ali Abi Talib... Khalifah Walid al Walid... Khalifah Salahuddin al-Ayyubi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh² islam...

Saat perperangan bermula...

Tempat yang mula² seklai dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri² lain. AMARIKOS dan sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil.. menembak rakyat malaysia... membunuh orang tua... perempuan dan anak² kecil org melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yg tak berdosa...
AMARIKOS dan sekutunya menyerang Malaysia secara besar²an. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di Laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih berganti...
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO... diserang dengan jet² pejuang SINGIFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom² dan roket... kemudian Johor dan Negeri Sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda berada di Kedah... Pasukan Darat tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menendang pintu rumah anda... anda bersama dengan isteri yg sarat mengandung dan 3 org anak sedang ketakutan didalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan anda yg berusia 12 tahun anda didepan mata anda... sebagaimana tentera Serb memperkosa umat islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yg anda bawa masa jamuan raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestine mati ditembak... anda tidak mempunyai apa² perasaan... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak didepan mata anda...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas isteri anda yg sarat mengandung, dibawa manaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... Ingat akan ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba² hari ini diuji berlaku peperangan...

Pemimpin tersebut yg menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini...
Anak perempuan anda diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan²... sahabat taulan... tamai yg terkorban...
dan tidak kurang juga yg cedera parah...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu islam bergelimpangan mati terutama golongan tua dan kanak² yg tidak sempat melarikan diri... mereka tidak senasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga anda melihat beribu² tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki org melayu islam yg masih selamat...
menggeledah setiap ruang yg ada untuk memburu al-qaeda, hizbullah atau jemaah islamiah... tetapi umat islam lain yg jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan tentera bersekutu nanti...

Apa yg anda harapkan pada masa itu???

Tiada perkara lain yg anda harapkan kecuali....
Bantuan ALLAh...
Bantuan tentera untuk membela agama ALLAH...

Anda mengharapkan umat islam dari negara lain memberi bantuan ketenteraan kepada Malaysia... anda mengharapkan saudara seagama dengan anda melindungi anda daripada serangan tentera Kuffar. Anda mengharapkan bantuan tentera Fi Sabilillah daripada indonesia, selatan thailand, bangladesh, pakistan dan negara OIC yg lain... Bagi melawan tentera penceroboh bumi Malaysia ini...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

Anda terdengar ucapan daripada pemimpin dunia islam yg lain menyatakan:

"Kami negara² islam mengutuk tentera penceroboh menyerang Malaysia" (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yg baru)

"Kami akan menghantar 10000 tentera pengaman ke Malaysia selepas perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)

"Alhamdulillah... negara kita indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yg dilanda peperangan... kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yg aman harmoni", Presiden Indonesia-Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)...

"Tak apa... selepas peperangan tamat... kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" wakil penduduk Islam Selatan Thailand...

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada penduduk Islam Malaysia yg dilanda peperangan" Pemimpin arab saudi...

Apa perasaan anda apabila mendengar ucapan pemimpin² islam seperti diatas dikala anda memerlukan bantuan ketenteraan daripada mereka?

p/s:- termenung panjang aku biler abis bacer citer ni...terbayang aku...adakah akau akan terlibat serta dlm memperjuangkan maruah agama, bangsa dan negara aku???InsyaALLAH...Ya Allah!!! Berikan kami kekuatan untuk menegakkan agama Mu di bumi Malaysia yang bertuah ini ya Allah....amin....

SELAGI BELUM AJAL KITA, SELAGI ITU KITA XKAN MATI, BIAR KITA MATI PELUH, JGN KITA MATI DARAH.. ..

Friday, April 10, 2009

Pembinaan Negara Bangsa : Faktor dan Ancaman

SUBJEK : PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

TAJUK : FAKTOR DAN ANCAMAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

TARIKH HANTAR : 8 APRIL 2009

Pembinaan Negara Bangsa

Pengenalan

Konsep negara bangsa mengatasi lingkungan ras atau masyarakat, kaum dan suku bangsa, tegak atas satu identiti negara yang sama, dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai sosiobudaya, lambang dan sentiasa bepegang pada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Proses pembinaan negara bangsa seperti yang dilalui oleh Malaysia berhubung langsung dengan cita-cita kenegaraan, nasionalisme dan kesetiaan politik. Perpaduan bangsa dan keperibadian negara dipupuk melampaui asas kehidupan rakyat yang beragam keturunannya, adat resam, kepercayaan, agama dan tradisi budaya yang berbeza.

Pembinaan negara bangsa seringkali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat yang pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan pentadbiran sesebuah negara dan penduduknya.

Pembinaan negara tanpa mempedulikan persoalan mewujudkan bangsa yang satu bagi keseluruhan rakyat negara tersebut mungkin akan merugikan negara secara keseluruhan pada masa hadapan. Tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan sebagai satu kumpulan bangsa bagi masyarakat pelbagai kaum memungkinkan perpecahan ,pergaduhan kaum dan huru-hara yang sekaligus menyebabkan kegawatan ataupun ketidakstabilan politik. Akibatnya,ia turut menyebabkan kerugian ekonomi apabila para pelabur asing tidak berani melibatkan diri dalam perdagangan di negara tersebut. Oleh yang demikian, persoalan negara bangsa perlu diberi perhatian yang sewajarnya serta kepentingannya dalam proses sesebuah negara menuju kearah negara maju serta menghadapi era globalisasi yang penuh dengan cabaran.

Konsep Negara Bangsa

Konsep dan definisi bangsa menurut Abdul Rahman Embong, 2001 iaitu Nasion atau komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan juga perubahan. Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama yang dikongsi bersama. Bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif “ bangsa Malaysia” yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama dengan rupa bangsa yang satu wajah.

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam perasmian “Wawasan 2020”

….Cabaran pertama yang paling asas ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah “membentuk sebuah negara bangsa (bangsa Malaysia) yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama…(dan menumpukan) taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” - 28 Februari 1991

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:-

v Negara

v Individu

v Bangsa

a) Negara

Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau ‘state’ adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinasikan perkataan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K. Ramanathan,1992). Justeru itu, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa mempunyai elemen-elemen berikut :

v Penduduk (Rakyat atau Populasi)

v Wilayah (Sempadan)

v Kerajaan

v Kedaulatan

Penduduk (Rakyat atau Populasi)

Setiap negara wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah yag didiami itu sebagai tanah leluhurnya. Adalah jelas bahawa rakyat atau penduduklah yang membina sesebuah negara (AC Kapur,2001). Kerajaan Melayu tradisional dibentuk oleh oleh rakyatnya yang membuka sesebuah kawasan dan pengiktirafan bagi kekuasaan kerajaan adalah berlandaskan sejauh mana rakyat mengiktiraf kekuasaan kerajaan tersebut. Tanpa penduduk atau rakyat, sebuah negara tidak akan dapat dibina.

Wilayah (Sempadan )

Wilayah adalah merupakan suatu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah sering dirujuk sebagai tanah air ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa. Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber semula jadi dan hak oleh sesebuah bangsa. Pembentukan selalunya berlandaskan kepada keadaan geografi yang sudah menjadi amalan penentuan sempadan kekuasaan sesebuah negara itu dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau,gunung-ganang, sungai, lembah ataupun laut (AC Kapur,2001). Keluasan wilayah tidak menjadi persoalan penting tetapi yang paling utama adalah kawasan itu mestilah mewujudkan sebuah negara (K.Ramanathan,1992)

Kerajaan

Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Ia merupakan lambang ketamadunan kelompok manusia tersebut. Tanpa kerajaan, kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa. Ini berlaku kerana tiada kawalan daripada pihak yang mempunyai kekuasaan atau kerajaan. Ia juga boleh mengakibatkan penindasan daipada bangsa lain dan sekali gus tidak dapat wujud sebagai sebuah negara yang baik (AC Kapur,2001).

Kedaulatan

Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa. Tanpa pengiktirafan kepada kedaulatan sesebuah negara mungkin sahaja ia dicerobohi dan penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan. Menerusi kedaulatan kewujudan bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati. Ia memudahkan kerjasam politik, ekonomi dan sosial yang boleh membawa kemajuan kepada negara. Kebiasaanya kedaulatan disesebuah negara atau badan pemerintah dipelihara oleh rakyat dalam negara tersebut (K. Ramanathan, 1992).

b) Individu

Secara umumnya individu adalah manusia. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercipta dan sempurna tanpa kewujudan individu. Individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Inilah yang dimaksudkan akan kepentingan wujudnya individu dalam proses pembinaan negara bangsa.

Individu secara bersendirian tidak mungkin membina negara tetapi hubungan sesama individu akan menggerakkan individu lain dan seterusnya membentuk kumpulan yang berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan. Kumpulan atau kelompok ini kemudiannya akan membenuk bangsa yang motif kewujudannya ialah pemerintahan sendiri dan mewujudkan negara (Kellas,1998). Ini secara automatik menjadi penggerak kepada terbentuknya Negara bangsa. Negara bangsa sememangnya tidak dibina oleh individu secara bersendirian tetapi individulah yang menjadikan pembentukannya sesuatu yang realiti dan bukan hanya impian.

c) Bangsa

Bangsa pula secara umumnya merupakan suatu kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama. Persamaan ini boleh terjadi daripada pelbagai perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik dan kebudayaan.

Bangsa ialah suatu kumpulan besar yang ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat. Masyarakat ini biasanya terikat oleh persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang sama (Sodaro,2001).

Bangsa umumnya mempunyai beberapa objektif kumpulan iaitu daripada sudut pemilikan willayah asal, bahasa, agama dan bermatlamatkan pemerintahan sendiri oleh mereka (Kellas,1998). Kumpulan ini bersifat eksklusif dan menganggap mereka yang di luar kumpulan sebagai orang asing.

Justeru itu, negara bangsa secara khususnya merujuk kepada kombinasi masyarakat dan negara yang berfungsi dalam wilayah yang mengkhusus persempadanannya (Sodoro,2001). Ia adalah berkenaan hidup dalam keadaan yang berintegrasi tanpa wujud perbezaan antara mereka dan sekali gus dapat menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara kerana mereka terhindar daripada sebarang konflik kaum yang merugikan.

Ciri – Ciri Sebuah Negara Bangsa

Sesebuah negara bangsa itu terdiri bukan hanya dengan konsep menggabungkan dua perkataan yang dibincangkan sebelum ini iaitu negara dan bangsa. Oleh kerana itu adalah kurang tepat sekiranya ada pihak yang menganggap negara bangsa terbina dengan hanya menggabungkan dua faktor fizikal tersebut tanpa proses penghayatan terhadap konsep itu sendiri. Sesebuah negara bangsa hanya akan dapat dibina di sesebuah negara apabila ia dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan. Terdapat tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah negara bangsa, iaitu :

a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan ataupun diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal disitu. Masyarakat yang terdapat dalam negara tersebut tidak dipisahkan ataupun dibezakan atas dasar perkauman ataupun oleh sebab-sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan , jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab dan rangsangan yang boleh membawa kepada pepecahan dan huru-hara dalam masyarakat.

b) Penduduk dan rakyat negara itu, juga mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik yang sama. Terdapat banyak pendapat yang menyatakan ideologi politik yang menjadi keutamaan untuk diikuti oleh masyarakat ialah demokrasi liberal. Ada juga negara seperti Soviet Union pada satu ketika dahulu membentuk kepercayaan ideologi politik bagi keseluruhan rakyatnya atas asas ideologi komunisme. Biarpun begitu kejatuhan Soviet Union menjadi petunjuk secara keseluruhan yang demokrasi liberal adalah ikutan terbaik buat masa ini , lebih-lebih lagi dalam membentuk negara bangsa yang berdasarkan kepada masyarakat pelbagai kaum dan memerlukan tolak ansur dan juga keadilan dalam sistem sosial.

c) Penduduk dalam negara tersebut juga haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara. Keyakinan itu harus dibina daripada pemahaman rakyat bahawa sistem dan undang-undang sedia ada sudah dikaji dan dibincangkan keperluannya oleh pihak yang bertanggung jawab sebelum ia dilaksanakan.

Faktor Yang Boleh Mempengaruhi Negara Bangsa

Biarpun proses pembinaan negara bangsa dilihat sukar tetapi dengan penghayatan kepada ciri-ciri utama di atas proses ini boleh dicapai oleh semua pihak. Sekiranya semua pihak memejamkan mata terhadap perkara-perkara tersebut dan mengetepikan kepentingannya serta perhatian tidak diberikan secara serius, adalah dibimbangkan impian membentuk sebuah negara bangsa dengan satu masyarakat yang bersatu padu dan berkongsi nilai-nilai yang sama hanya akan menjadi angan-angan dan khayalan belaka.

Justeru itu dalam proses pembinaan sesebuah negara bangsa, demi kebaikan dan kemakmuran yang lebih bermakna kepada generasi akan datang sepuluh faktor berikut perlu diberi perhatian (Abdul Rahim,1996)

Perbincangan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini lebih jelas difahami apabila sepuluh faktor tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan factor iaitu :-


Lima faktor yang menjadi pemangkin kepada pembinaan sesebuah negara bangsa.

· Integrasi

· Nasionaliti

· Nasionalisme

· Patriotisme

· Demokrasi

Lima faktor yang menjadi ancaman pembentukan sesebuah negara bangsa.

· Globalisme

· Kepelbagaian budaya

· Pluralisme

· Neo-Feudalisme

· Liberalisme

Integrasi

Integrasi merupakan suatu proses mewujudkan suatu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang sudah terpisah daripada segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi terdiri daripada wilayah ekonomi, kebudayaan dan sosial, integrasi pendidikan serta politik.

Integrasi adalah merupakan perkara asas bagi proses pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara. Aktiviti integrasi adalah bermatlamat menghilangkan perasaan perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit yang boleh mengancam matlamat paling utama negara bangsa iaitu mengutamakan matlamat kebangsaan yang mewakili negara dan semua pihak yang berada didalamnya. Ini secara automatik akan membantu mengukuhkan usaha membina negara bangsa yang sebenar.

Nasionaliti

Nasionaliti secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan suatu bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara tersebut. Ini dibuktikan dengan suatu pengenalan identiti seperti kad pengenalan yang sama kepada semua warganegara dan ‘pasport’ sebagai pengenalan yang sama bagi keperluan antarabangsa bagi penduduk negara tersebut. Konsep asas di sini ialah pemilikan nilai-nilai bersama akan mengikat seorang warganegara yang baik menjadi suatu bangsa yang mempunyai kesetiaan, sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat yang diktiraf sebagai suatu benuk nasionaliti kebangsaan yang mewakili semua orang.

Nasionalisme

Nasionalisme dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah air. Perasaan ini dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhaap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan seperti menyayikan lagu kebangsaan atau menaikkan bendera negara (Sodora,2001). Ia dijadikan sebagai elemen penting dalam pembentukkan sesebuah negara bangsa. Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah air yang sama, ia dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, semangat ini adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan yang digembleng menerusi tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha upaya maju juga mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing akan menjadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa.

Patriotisme

Elemen ini merupakan lanjutan daripada perasaan cintakan tanah air atau ‘motherland’ iaitu nasionalisme. Elemen patriotisme hadir selepas wujudnya nasionalisme. Ia merupakan elemen penting berkenaan kasih serta kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta terhadap tanah airnya.

Pada kemuncaknya, patriotisme adalah kesetiaan teragung oleh rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintainya (Kellas,1998). Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan. Bagi membentuk bangsa yang kuat, rakyat semestinya mempunyai keberanian , ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional.

Demokrasi

Secara umunya dimaksudkan sebagai ‘daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat’ ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan. Demokrasi wujud kerana adanya rakyat dan dicipta bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Negara bangsa hanya wujud apabila wujudnya kefahaman mendalam berkenaan demokrasi yang memberikan ruan kepada semua orang terlibat dalam pentadbiran negara. Kekuatan demokrasi dalam pembentukan negara bangsa ialah daripada sudut pemberian hak kepada semua warganegara berkongsi ideologi yang satu dalam memilih pemerintahan negara. Keadaan ini akan mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik lain yang negatif seperti demonstrasi atau kudeta serta mengalami kegawatan politik. Keadaan ini akan membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama.

Faktor-Faktor Ancaman Kepada Pembinaan Negara Bangsa.

Globalisme

Dikenali sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisasi adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada pendapat beliau sempadan negara bangsa akan berakhir. Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisasi adalah suatu ancaman besar kepada kepada konsep negara bangsa yang sedia ada. Ini tidak dinafikan tetapi sekiranya ditangani secara bijak, globalisasi adalah suatu hal yang memberi manfaat besar kepada setiap negara bangsa tanpa terkorbannya konsep negara bangsa yang sedia wujud. Ancaman diimbangi dengan memastikan kekuatan nasionalisme dan patriotisme sebagai benteng terakhir yang kukuh demi mempertahankan negara bangsa. Kebimbangan ini disuarakan juga oleh cetusan penulisan oleh Aziz Ishak,Utusan Malaysia 2001, terhadap golongan muda melalui ulasan beliau iaitu “Dunia mereka tidak lagi tanah air atau Negara ibunda, tetapi dunia globalisasi. Dunia globalisasi menuntut lebih banyak persamaan, seolah-olah menafikan kelainan. Namun sebagai bangsa yang bermaruah generasi muda Malaysia wajar kembali kepada acuan budaya kita sendiri. Justeru, melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri serta sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan terhindar terus daripada minda mereka”.

Globalisasi telah, sedang dan akan terus memaksakan proses perubahan demografi, teknologi, penghapusan sempadan, penembusan budaya, perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ke atas umat manusia. Konsep yang ibarat hantu raya tidak bertuan itu sedang menelan konsep negara-bangsa, yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman, Johann Fichte (1762-1814). Ia sedang dalam perjalanan untuk mencipta kuasa-kuasa supranasional, yang bakal menenggelamkan kuasa negara-negara yang dibentuk oleh negeri-negeri kecil pada zaman penaklukan dan penjajahan. Globalisasi menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan konsep kesejagatan.

Kepelbagaian Budaya

Pembentukkan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan sesebuah negara sering kali mewujudkan dilema baru kepada penduduk negara tersebut. Tidak dapat tidak akan wujud kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup dan kepercayaan. Kewujudan kepelbagaian aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sesebuah negara bangsa. Terdapat beberapa pandangan tentang ancaman yang perlu dihadapi dalam pembentukan negara bangsa dalam konteks sedemikian iaitu :-

Pertama, menurut Ibn Khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah.

Kedua, berkenaan menteliti sesetengah masyarakat Malaysia yang terlalu mengagumi atau pro terhadap nilai-nilai barat ( Syed Hussein al-Attas, 2005, hlm 2-7) iaitu :

a) Sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat.

b) Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.

c) Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taksub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat.

d) Tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada mereka daripada sumber barat.

e) Tidak menyedari kelemahan sikap mereka yang terlalu menuruti norma-norma barat..

Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

“Warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana warga glokal seterusnya.” - (Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Perhimpunan Agung UMNO, 2005)

Seperti mana globalisme, ancaman ini harus ditangani dengan bijak di mana kebimbangan terhadap ancaman perpecahan itu dapat diimbangi dengan menggunakan kekuatan kepelbagaian budaya yang wujud sebagai suatu cara melahirkan bangsa yang maju dan berjaya serta berdaya saing. Oleh yang demikian, keperluan kepada suatu budaya kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kelompok atau kaum adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dielakkan serta perlu dipupuk dan dimajukan sehingga ia diterima secara terbuka oleh semua kaum sebagai suatu identiti kebangsaan.

Pluralisme

Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk. Biasanya, ia terbina hasil daripada proses penjajahan disesebuah negara. Dasar-dasar penjajahan yang telah dijalankan keatas negara yang yang dijajah seperti ‘Divide and Rule’ ataupun ‘Pecah dan Perintah’ sering kali mewujudkan pembahagian kaum daripada segi penempatan sosial, kegiatan ekonomi,jenis pekerjaan dan juga politik berbentuk perkauman. Dasar ini dilakukan sebagai memenuhi pinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan yang memungkinkan pemberontakan massa. Akibat daripada dasar ini, maka secara tidak langsung telah mewujudkan suatu permasalahan dalaman yang kompleks kepada negara yang terjajah apabila di merdekakan. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa. Bagi menangani permasalahan tersebut, pelaksanaan dasar-dasar yang mantap serta berkesan dapat menyusun semula masyarakat, mengurangkan ataupun merapatkan sebarang jurang perbezaan yang wujud sama ada dari segi ekonomi, politik atau pun sosial dikalangan rakyat.

Neo-Feudalisme

Merujuk kepada sistem konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk dalam cara baru masa kini. Sistem feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud sistem pemerintahan yang sedemikian dibimbangi tercetusnya pemerintahan yang penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengawalan secara mutlak oleh satu pihak dalam pemerintahan tanpa ada faktor pengimbang. Keadaan sedemikian jelas menggambarkan ancaman yang boleh lahir daripada sistem tersebut.

Kebijaksanaan menangani kewujudannya akan dapat membantu proses pembinaan negara bangsa tanpa mengetepikan faktor ini. Pertahanan yang kukuh diperlukan bagi menghadapinya iaitu dengan kewujudan perlembagaan dan undang-undang yang sentiasa kebal dalam mempertahankan keadilan.

Liberalisme

Secara umumnya bermaksud kesederhanaan ataupun keterbukaan. Ia merupakan suatu keperluan yang nyata bagi kewujudan sesebuah negara bangsa. Walaubagaimana pun keterbukaan tersebut dibimbangi akan merosakkan negara bangsa itu sendiri. Keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penyelewengan dan perkara-perkara yang akan menggangu gugat kemakmuran serta kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara. Justeri itu, rakyat perlu dipersiapkan dengan ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme yang terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan nasional.

Kesimpulan

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Ia memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kepimpinan yang sedia ada harus berusaha untuk terus memperkukuh perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Ia merupakan satu proses yang panjang tetapi satu keperluan Malaysia. Pembinaan negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Faktor pemangkin perlu difahami, dihayati, diaplikasikan untuk mengukukuhkan usaha pembinaan bangsa Malaysia. Ancaman perlu ditangani dengan bijak sebagai satu kelebihan. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

RUJUKAN :

1) Tamadun Melayu Dan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia, A. Aziz Deraman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000.

2) Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Abd. Rahim Rashid, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.,2004

3) http://www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm

4) http://forum-rencana-pmrsibu.blogspot.com/2008/09/merenung-sejarah-di-sebalik-penubuhan.html

5) http://aidc-editor.blogspot.com/2008/11/liberalisma-dan-pluralisma-agama.html

6) http://www.scribd.com/doc/9646199/Pembentukan-Negara-Dan-Bangsa-Malaysia

7) http://www.netcousins2u.com/ncjmm/amenu/view.jsp?FV=&DOCID=ssjlslvl503pg1

8) http://www.netcousins2u.com/ncjmm/amenu/view.jsp?FV=&DOCID=ssjlslvl505pg1

9) http://www.netcousins2u.com/ncjmm/amenu/view.jsp?FV=&DOCID=ssjlslvl504pg1

10) http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat

Wednesday, April 8, 2009

Cerpen Tema Disleksia : Original Daripada Fortila1008

Ni assigment subjek Bahasa Melayu Komunikasi yg wajib amik...kelas aku kena buat cerpen tema disleksia yg xkurang dr 1500 patah perkataan...jd, ni lah hasilnya...


TEMA : DISLEKSIA
TAJUK : SEORANG MURID BERNAMA HASSAN
TARIKH HANTAR : 2 APRIL 2009

“Kring! Kring! Kring!” Jam locengku mengejutkan aku agak awal pada pagi itu tidak seperti hari-hari biasa. Jam baru menunjukkan 5 pagi. Pun begitu, aku begitu liat untuk bangun. Bukannya apa, aku tidur lewat malam sebelumnya. Semalaman aku dengan cerpen Bahasa Melayu untuk disiapkan. Maklumlah, aku bukannya biasa dengan dunia penulisan kreatif, jadi agak sukar untuk disiapkan. Aku lihat rakan-rakan dalam dormku sedang lena dibuai mimpi. Iri hati aku melihat mereka. Argghhh! Demi tugasan, aku buang perasaan itu. Sebenarnya, hari itu aku akan bergegas ke sebuah sekolah di Bachok, Kelantan yang agak asing bagiku untuk memulakan hari pertama praktikum iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Bali. Sudah lama aku nantikan saat itu. Tidaklah jauh mana jaraknya, hanya 40 km sahaja dari tempat pengajianku. Masihku segar dalam ingatanku, hari itu adalah hari Isnin 23 Mac 1994. Sebaik sahaja selesai solat Subuh , aku menghidupkan motosikal cabuk kesayanganku yang aku parkir di antara puluhan motosikal lain di dataran yang tidak berbumbung angin sepoi-sepoi bahasa, aku redah pagi yang dingin itu. Cuaca pada pagi agak tenang. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke destinasi tidak sampai satu jam kemudian. Sebaik sahaja aku melapor diri di pejabat sekolah, aku bergegas ke bilik guru. Sempat aku bertegur sapa dengan beberapa orang guru. Mereka kelihatan sangat bersemangat pada pagi itu. Ini membuatkan aku lebih bersemangat. Pada pagi itu, aku ke kelas 4 Cerdik untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kehadiranku disambut dengan gembira oleh murid-murid yang majoritinya lelaki. Walaupun agak kekok untuk pertama kali mengajar, aku cuba sedaya-upaya juga untuk mempraktikal ilmu yang aku perolehi sepanjang hampir 6 bulan pengajian.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, aku mendapat tindakbalas positif daripada hampir kesemua murid sehinggalah aku meminta seorang demi seorang membaca satu ayat dari petikan yang terdapat dalam buku teks. Kebanyakkan mereka berjaya membaca dengan betul walaupun kadang-kadang kedengaran dialek kelantan pekat. Bagi aku, ia bukannya satu masalah besar yang perlu dirisaukan. Tiba giliran seorang murid yang bernama Hassan. Dia kelihatan seperti dalam ketakutan dan matanya kelihatan berpinar-pinar. Dia tidak dapat membaca ayat yang hanya berbunyi, ”TOLONG-MENOLONG ADALAH PERBUATAN YANG MULIA”. Aku mendekatinya untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Sekali lagi aku meminta Hassan membaca ayat tersebut. Sememangnya dia gagal untuk membaca. ”Kamu tak pandai baca ke Hassan?” Pertanyaanku hanya dijawab dengan matanya yang kemerahan. Entah kenapa, hatiku tergerak untuk mengambil buku latihan Hassan yang sememangnya sudah berada di atas mejanya. Aku mula membelek helaian demi helaian. Alangkah terkejutnya aku, terhidang di depanku sebarang tulisan yang tidak mampu aku fahami. Tulisannya berbentuk bulat-bulat, garis-garis serta titik-titik. Kalau adapun hanya ada huruf-huruf yang tidak teratur susunannya ditamabah pula dengar cakar ayam. Selain tulisan-tulisan tersebut, aku dapati terdapat banyak lukisan di dalam bukunya sehingga aku begitu tertarik dengan lukisannya. Aku berfikir sejenak memikirkan apa yang sedang berlaku. Tidak aku sangka bahawa hari pertamaku di sekolah, aku akan dihidangkan dengan peristiwa seperti itu. Ermm...ini menarik.

Sampai di bilik guru, aku menceritakan hal Hassan kepada guru-guru yang turut mengajarnya. Mereka tersenyum dan ada yang tergelak mendengar ceritaku. Hairan aku dibuat mereka sehingga seorang daripada mereka iaitu Cikgu Asri berkata, ”Dah tak boleh buat apa-apa dah pada si Hassan tuh. Kami dah cuba dah! Tapi dia ada keistimewaan lain”. Walaupun aku kebingungan, kata-kata yang terbit dari mulut Cikgu Asri itu membuatkan aku lebih berminat untuk mendekati Hassan. Bagi aku, tiada masalah yang tiada penyelesaian. Sepanjang perjalanan aku pulang ke maktab, wajah Hassan bermain-main dalam fikiranku. Persoalan demi persoalan menerjah mindaku. Nyaris aku terbabas ke tepi jalan akibat kerana teralu teringatkan seorang murid yang bernama Hassan itu. Syukur Alhamdulillah, umurku masih panjang sehingga cerpen ini dapat dihasilkan pada hari ini. Apabila berada di maktab, peristiwa yang berlaku di sekolah tadi benar-benar tidak hilang dalam benakku sehinggakan aku begitu tidak sabar untuk menghadapi hari esok. Pengalaman aku pada hari pertama di sekolah dan dihidangkan peristiwa tersebut menjadi bahan bualan aku dengan rakan-rakanku di asrama.

Keesokkannya, aku sampai lebih awal ke sekolah. Tujuan aku hanyalah satu iaitu bertemu dengan murid yang bernama Hassan. Aku lihat dia keseorangan di dalam kelas pada sudut belakang kelas. Tiada seorang pun murid lain yang berdekatan dengannya. Hairan aku dibuatnya. Aku mendekatinya tetapi kehadiranku tidak diendah. Hassan khusyuk dengan lukisannya yang dilakar pada buku latihan matematik. Tidak terlintas untuk aku memarahinya walaupun dia melukis di tempat tidak sepatutnya. Ini mungkin kerana lukisan yang dihasilkan agak cantik jika dibandingkan dengan usianya. Adakah ini keistimewaan yang dikatakan oleh Cikgu Asri? Mungkin ada bakat lain yang Hassan miliki. Apa pula yang berlaku sehinggakan Hasssan tidak boleh membaca? Persoalan yang tiada jawapan muncul. Aku nekad untuk membantu Hassan walau apa cara sekalipun. Langkah awal yang aku lakukan menjejak dan membantu Hassan adalah mendapatkan maklumat Hassan daripada guru kelasnya iaitu Cikgu Jamilah. Menurut Cikgu Jamilah, Hassan adalah murid yang baik dan sangat pendiam. Masalah yang dihadapi oleh Hassan sudah dikesan sejak di Tahun 1 lagi. Sungguh pun guru-guru Hassan cuba membantunya, hasilnya gagal.

Pada hari Sabtu pada minggu tersebut, aku mula mengatur rancangan untuk membantu Hassan. Berdasarkan alamat yang aku peroleh daripada Cikgu Jamilah, pagi-pagi lagi aku bergegas ke rumah Hassan di Kampung Beris Panchor. Kampung tersebut terletak di sebuah perkampungan nelayan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah. Suasana pagi di situ sangat tenang dengan tiupan angin yang menyegarkan. Agak sukar juga mencari rumah Hassan. Kebiasaannya alamat kampung memamg tidak lengkap, tiada nombor rumah seperti rumah di bandar dan taman. Sedang aku mencari-cari rumah Hassan, aku disapa oleh satu suara, ”Cikgu buat gapo mari sini?” Aku terkejut kerana seorang budak yang pendiam boleh menegur aku. ”Saya sedang mencari rumah kamu. Boleh bawa saya jumpa ibu bapa kamu?” Setelah dipersetujui, aku dipandu oleh Hassan ke rumahnya yang terletak dalam 100 meter dari pantai. Kelihatan ibunya, Kak Tom sedang asyik menyapu daun-daun di halaman rumahnya yang agak usang. Setelah memperkenalkan diri, aku dijemput oleh Kak Tom untuk duduk di beranda. Kak Tom masuk ke dapur dan membawa secawan teh o panas serta beberapa keping biskut. Sambil menjamah biskut dan air, aku menceritakan masalah Hassan. Menurut Kak Tom, Hassan adalah anak tunggal yang kehilangan bapa 3 tahun yang lalu akibat terlibat dalam tragedi kapal nekayan karam. Sedih juga aku mendengar penjelasan Kak Tom. Dalam masa yang sama, Hassan sibuk bermain dengan rakan-rakan seusianya tidak jauh dari rumahnya. Pada waktu itu, baru aku ketahui bahawa Hassan tidaklah pendiam seperti di sekolah. Tidak lama selepas itu, Kak Tom mengeluarkan beberapa helai lukisan Hassan. Menurutnya, Hassan gemar melukis. Setelah meneliti lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh Hassan, aku yakin Hassan mempunyai bakat besar dalam bidang lukisan. Bakatnya perlu dikembang. Jika tiada yang membantu Hassan, bakatnya pasti akan terkubur begitu sahaja. Dalam masa yang sama, aku akan pastikan Hassan mampu membaca. Aku sendiri akan mengembang bakat Hassan. Aku telah mencadangkan kepada Kak Tom yang aku akan datang ke rumah Hassan untuk mengajarnya pada hujung minggu. Kak Tom yang benar-benar inginkan anak tunggalnya berjaya bersetuju dengan cadangan aku.

Di kelas, Hassan memang seorang yang pendiam tidak seperti di rumah yang hidupnya agak aktif. Mungkin kerana tidak mampu menulis dan membaca, perasaan rendah diri wujud dalam dirinya. Dia hanya dengan dunia imaginasinya yang dipindahkan melalui lukisan. Setiap kali aku mengajar kelasnya, aku akan memberi lebih tumpuan yang lebih kepada Hassan. Bagi memfokus 100 peratus kepadanya, amatlah sukar kerana kerana masih terdapat murid-murid lain yang agak lemah, Cuma mereka tidaklah seteruk Hassan. Berdasarkan pemerhatian aku, Hassan bukannya buta huruf tetapi mengalami masalah pengecaman huruf yang menyebabkan dia tidak dapat membaca dan menulis dengan betul. Perkataan ’buku’ dieja dan ditulis sebagai ’dnkn’. Nombor ’13’ disebut ’31’. Masalah yang dialami oleh Hassan lebih diketahui sebagai Disleksia. Aku pernah terbaca satu artikel dalam satu majalah kesihatan tentang Disleksia. Mereka yang menghadapi Disleksia mengalami masalah dalam mengecam dan membunyikan huruf tetapi tidak bermasalah dalam pertuturan. Akibatnya, mereka mengalami masalah untuk menulis dan membaca. Inilah yang berlaku pada Hassan. Aku sebenarnya pelik kenapa guru-guru Hassan tidak dapat membantunya, sedangkan dia hanya mengalami masalah pengecaman sahaja. Bagi aku, tidak susah untuk mengajar Hassan bukannya murid yang degil. Hassan seorang yang baik dan mudah mendengar kata. Mungkin juga mereka tidak dapat membantunya kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan.

Seperti yang aku janjikan dengan ibunya, aku ke rumahnya pada hari Ahad berikutnya. Sebaik sahaja sampai, Hassan kelihatan seolah-olah sudah bersedia. Dia tidak keluiar bermain dengan rakan-rakan sekampung. Memang dia menantikan kehadiran aku. Berbekalkan kepingan-kepingan kad imbas, aku mengajarkan dia perkara paling asas iaitu mengenal huruf. Setiap huruf yang aku sebut, dia mampu untuk mengikut dan menyebut. Lalu aku ujinya dengan menyuruhnya menulis huruf-huruf tersebut. Dari situ, aku dapati Hassan sukar untuk meniru huruf-huruf tersebut walaupun pada akhirnya dia berjaya. Aku sememamgnya sangat kagum dengan kesungguhannya. Dia memang boleh melakukan, cuma dia perlu sokongan dan dorongan. Setiap hasil yang dia buat, aku hamburkan dengan pujian. Berdasarkan ilmu psikologi kanak-kanak, budak sebaya Hassan memang sukakan pujian. Aku berpuas hati dengan prestasinya pada hari itu walaupun baru pertama kali sesi aku bersamanya. Setiap minggu, aku tidak pernah terlepas untuk ke rumah Hassan. Proses pengajaran dan pembelajaran aku dan Hassan berjalan lancar sepanjang 3 bulan aku praktikal. Pada hari-hari tekahir aku dengan Hassan, dia baru sahaja dapat mengeja dan menulis perkataan yang mempunyai 2 suku kata yang mempunyai susunan huruf ’konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan’ seperti takut, bakul, cawan dan lain-lain lagi. Walaupun agak lambat, aku tetap berpuas hati dengan prestasi Hassan.

Mengenai kemahiran melukis yang dimiliki Hassan itu, aku hanya sempat membawanya ke satu pertandingan melukis Sempena Hari Anti-Dadah Peringkat Negeri Kelantan. Hassan muncul sebagai juara kategori bawah 12 tahun. Sebenarnya itulah pertama kali dibawa ke pertandingan melukis di luar sekolah. Di hari akhir praktikal, aku sempat berpesan kepada Cikgu Asri supaya mengembangkan bakat Hassan. Hassan memang boleh pergi jauh dalam bidang lukisan. Aku juga sempat berpesan kepada Hassan supaya rajin belajar. Dia kelihatan bersemangat walaupun kesedihan. Selepas aku meninggalkan sekolah untuk mengikuti pengajian di maktab, aku tetap memantau pretasi Hassan dengan menanyakan Cikgu Asri dan Cikgu Jamilah. Kadangkala, aku menjenguk Hassan di rumahnya. Menurut Cikgu Jamilah, prestasi Hassan sentiasa meningkat dan dikatakan cepat bagi seoarng seoarang Disleksia. Dia sudah pandai bergaul dengan rakan sekelasnya. Itu semuanya peristiwa 15 tahun dahulu. Aku pun sudah lama tidak mendengar khabar Hassan sejak aku tamat pengajian pada 1995. Aku pula telah ditempatkan untuk mengajar di sekolah di pedalaman Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan Kapit. Apakah yang sedang dibuat oleh Hassan sekarang. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.

Hari ini pada 2 April 2009 adalah hari pertamaku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sedeli dalam daerah Kota Tinggi. Aku berjumpa lagi dengan murid seperti Hassan yang namanya juga Hassan. Masih aku ingat peristiwa 15 tahun dahulu. Kini, peristiwa tersebut seolah-olah akan berulang kembali. Aku tersenyum sendirian mengingati saat-saat yang tidak dapat aku lupakan dahulu. Apa yang aku lakukan pada murid yang bernama Hassan ini? Adakah perkara sama dengan Hassan yang dahulu?

-------------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------